BAB 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
Menurut Bosch (2006), pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Secara amnya, bilik pembelajaran ialah bilik- bilik di sekolah di mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru seperti bilik darjah, makmal ict, makmal kimia dan makmal biologi. Untuk konsep yang lebih luas, bilik pembelajaran tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.
KANDUNGAN
Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas:
- Susunan bilik darjah
- Keadaan emosi bilik darjah
- Kawalan dan kepimpinan dalam bilik darjah
- gaya autokratik
- gaya demokratik
- gaya laissez Faire
- gaya kotengensi
- Kaedah kumpulan
- Amalan teori dan amali
- Kaedah suasana pembelajaran
- Peraturan bilik darjah
- suasana fizikal
- suasana emosi
KESIMPULAN
Secara konklusinya, strategi pengurusan bilik pembelajaran adalah sangat penting bagi memastikan pelajar atau murid dapat belajar dengan kondusif, selesa dan memberi interaksi semasa guru bertanyakan soalan.Sebagai contoh, penyusunan dalam bilik pembelajaran ini adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemalangan yang tidak diingini juga dapat dielakkan jika peraturan yang ditetapkan dipatuhi sepanjang masa.
RUJUKAN
Zahari Suppian (2021) pengurusan bilik pembelajaran, nota KPS3014
Pembelajaran, B. (2018). Bab 8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran. Retrieved from https://missugliest.blogspot.com/p/bab-8.html

No comments:
Post a Comment