BAB 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN
Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Sumber pelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran juga mestilah dinilai melalui kesesuaian penggunaannya (spt: memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar) sebelum dapat digunakan di bilik darjah.
KANDUNGAN
Jenis Sumber Pembelajaran:
- Sumber Asas
- Papan tulis, buku teks, dan guru sendiri sebagai model
- Sumber Bukan Elektronik
- Model, patung, gambar, lukisan, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun, dll
- Sumber Elektronik
- Slaid, radio, televisyen, video, projektor, pembesar suara, dll.
- Sumber Pengalaman
- Lakonan, lawatan, projek, pameran, dan bahan alam sekitar
- Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek.
- Memupuk kemahiran menggunakan bahan pusat sumber
- Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik
- Membantu guru-guru memilih dan mendapatkan bahan-bahan untuk pengajaran
- Membantu memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar berdasarkan minat dan kecendurangan.
- Pusat profesional
- Contohnya: aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dalam meningkatkan iktisas keguruan dalam aspek kerja berkumpulan.
- Pusat perkembangan idea dan kreativiti
- Contohnya: mengadakan satu pertandingan nilam dan sebgainya untuk para pelajar
- Mengisi masa lapang
- Contohnya: para pelajar dapat berkumpul disitu pada waktu rehat atau waktu lapang mereka jika pusat sumber tersebut menyediakan kemudahan ict atau sebagainya dalam memberi maklumat pelajaran.
- Pusat kegiatan belajar dan mengajar
- Contohnya: para pelajar dan guru akan menjadikan pusat sumber sebagai medium pelajaran.
RUJUKAN
Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan.
Pearson Prentice Hall.Abdul Aziz Yusof (2007).
Zahari Suppian (2021) pengurusan sumber pembelajaran, nota KPS3014

No comments:
Post a Comment