BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”.Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Tisher, Whitten dan Hunter, 1983).
KANDUNGAN
Terdapat 3 teori utama dalam topik sosiologi iaitu teori Fungsionalisme, teori Konflik dan teori Interaksionisme.
Teori Fungsionalisme
Teori ini Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857) yang selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Teori Fungsionalisme ini memberi penjelasan bagaimana sesuatu organisasi itu dapat dipertahankan. Berdasarkan teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga pandangan iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi.
- Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
- Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya.
- Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan.
Teori interaksionisme ini pula dipelopori oleh George Herbert Mead pada tahun (1863-1931). Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat dan juga mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Ia membantu dalam melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Di mana ia menerangkan kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya. Makna yang simbolik (perkataan, perlakuan, objek, bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra dan makna adalah sesuatu yang dirundingkan. Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.
KESIMPULAN
Natijahnya, berdasarkan apa yang telah saya pelajari dan baca, terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori ini sebagai contoh perbandingan yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan bagaimanakah perubahan sosial berlaku.Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial. Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro.
RUJUKAN
Amir Hasan Dawi, 2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga, Quantum Books,Tanjong MalimZahari Suppian (2021) sosiologi dan pembelajaran, nota KPS3014
No comments:
Post a Comment