BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
PENGENALAN
Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa ‘Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran, atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, seperti
yang disebut. (Mohd Nasir, 2016).
Konsep pemulihan pula bermaksud satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
KANDUNGAN
yang disebut. (Mohd Nasir, 2016).
Konsep pemulihan pula bermaksud satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
KANDUNGAN
Antara yang saya pelajari adalah terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Visual iaitu belajar dengan melihat teks berbentuk perkataan /ayat dalam buku , papan putih atau komputer. Kemudian, Auditori iaitu belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut
dan juga arahan lisan dan yang terakhir adalah Kinestetik iaitu belajar melalui pengalaman menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti di kelas
Seterusnya adalah pengayaan iaitu memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Objektifnya adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka .
Terdapat dua jenis pengayaan iaitu pengayaan (mendatar) dan pengayaan (menegak).Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan manakala pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.Ia juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.
KESIMPULAN
Rumusannya, guru perlu membantu mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah kognitif sahaja. Dengan kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang telah dikuasai oleh guru yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak. (Fong, 2018). Guru juga memainkan peranan penting dalam masalah murid pelbagai upaya. Selain guru, ibu bapa juga perlu membantu murid murid ini menggapai kejayaan.
RUJUKAN
Fong, C. E. (2018). Dari Pendidikan Khas ke Pendidikan Pemulihan: Dua Program Masalah Pembelajaran.
MOHDNASIR, S. N.(2016). PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI KERJAYA (PTK)MURID.1-2.
Zahari Suppian (2021) pengurusan murid pelbagai upaya, nota KPS3014

No comments:
Post a Comment