BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
PENGENALAN
Definisi pelbagai budaya adalah Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan
berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).
KANDUNGAN
Terdapat beberapa jenis pembezaan dalam topik ini yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Pertama adalah isi kandungan. Ia merupakan pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan. Yang kedua ialah minat dimana pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan mengikut minat pelajar. Yang ketiga ialah kadar dimana pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru. Yang keempat adalah tahap yang merupakan pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap. Yang kelima ialah akses dimana pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka. Yang keenam ialah respon iaitu respon merupakan pembezaan akses (kepada sumber) memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar. Yang ketujuh merupakan urutan iaitu pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.
Yang kelapan adalah pembezaan struktur iaitu berlaku apabila pengajaran dirancang supaya pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah. Yang kesembilan adalah masa guru yang merupakan masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka. Yang terakhir adalah stail pengajaran juga merupakan pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan –visual learners, auditory, verbal dan sebagainya.
KESIMPULAN
Rumusannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mengajar pelajar tanpa mengira status atau latar belakang pelajar. Guru perlu bersikap adil dan saksama serta tidak pilih kasih dalam memberikan layanan kepada pelajar. Guru perlu bersikap “multicultural” supaya dapat memahami masalah pelajarnya. Dengan itu hubungan yang lebih harmoni dapat dapat diwujudkan semasa berinteraksi.
RUJUKAN
Wan Hanum Suraya Wan Mohamed. (2015). Pengaruh budaya sekolah, strategi pembelajaran dan efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 di Perak. Tanjong Malim: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zahari Suppian (2021) pengurusan pelbagai budaya, nota KPS3014

No comments:
Post a Comment